MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN
KOPERASI PUSAT
AL-ISLAH, BIRO KAWALAN NARKOTIK (KOPAI)
BERHAD
Tetamu kehormat pemangku pengarah Biro Kawalan
Narkotik Haji Jasmin bin Haji Jamudin memberi ucapan dan merasmikan mesyuarat
Agong pertama Koperasi Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik ( KOPAI ) Berhad.
TUTONG, 08Hb Oktober 2012 – Pusat Al-Islah, Biro kawalan Narkotik, hari
ini mengadakan acara majlis perasmian mesyuarat agung
pertama Koperasi Pusat Al-Islah, Biro kawalan Narkotik ( KOPAI ) berhad. Tetamu
kehormat dalam majlis itu ialah pemangku
pengarah Biro Kawalan Narkotik Haji Jasmin bin Haji Jamudin dan juga merasmikan
mesyuarat agung pertama tersebut. Acara di adakan di Pusat Al-Islah Biro
Kawalan Narkotik, Kupang.
Diantara ucapan tetamu kehormat dalam majlis itu
supaya ahli lembaga Jawatankuasa yang dilantik pada hari ini akan dapat menjadi
peneraju yang bertanggungjawap dan rela hati melaksanakan tanggungjawap dalam
usaha mempertingkatkan perniagaan Kopersi. Dan juga antara agenda dalam
mesyuarat itu ialah membentangkan dan mensahkan draf cadangan tambahan
peraturan Koperasi dan melantik seramai 15 orang jawatankuasa pendaftaran.
Penubuhan koperasi ini terbuka kepada pegawai dan
kakitangan Pusat Al-Islah, Biro kawalan Narkotik antara aktiviti yang bakal
dilaksanakan adalah kantin ( Perkhidmatan sajian dan Katering ), Kedai Runcit,
Cuci kereta, Pertanian dan Ternakan, Perkhidmatan potong rumput, Servis Hawa
Dingin, Bas sewa dan pinjaman kewangan.
Tujuan koperasi ini ditubuhkan ialah untuk memajukan
kepentingan sosio-ekonomi ahli-ahlinya menurut prinsip-prinsip koperasi seperti
Keanggotaan Sukarela Dan Terbuka, Kawalan Anggota Secara Demokrasi, Penyertaan
Ekonomi Anggota, Autonomi Dan Kebebasan, Pendidikan, Latihan Dan Maklumat,
Kerjasama Dikalangan Koperasi, Prihatin Terhadap Masyarakat. Dengan
menggalakkan jimat cermat menyimpan wang, menolong diri sendiri, membantu
antara satu sama lain dan memajukan bidang pertanian, perniagaan dan
perusahaan.
Dan Koperasi ini juga diharapkan akan dapat
memberi peluang perkerjaan kepada residen nanti dan juga memberi latihan
kemahiran dalam dunia perniagaan kepada mereka untuk bedikari diluar nanti,
Setelah selesai menjalani rawatan dan pemulihan.
Seramai
15 orang pegawai dan kakitangan Pusat Al-Islah dilantik manjadi Jawatankuasa
pendaftaran Koperasi Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik (KOPAI) Berhad
Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
ReplyDelete...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!
alhamdulillah
ReplyDelete